Jumaat, 11 Januari 2013

RINDU KEPADA KANCIL

Dah sebulan tak jumpa kereta Kancil. Tetapi ingatan Aliff pada Kancil tak pernah luput. Susah hendak beritahu dia. Setiap hari tanya, "Kereta mama mana?" "Kereta Mama hilang" dan kadang-kadang menjerit sorang-sorang "Hello Polis.....Kereta Mama Hilang!" Saya tak tau nak buat apa.
 Aliff puas hati, kereta Mama dah jumpa. Tapi dia nampak pelik. Kereta mama dah jadi warna lain.


 Kereta Mama dah teruk sangat, sudah wajib kena tukar baju.





 Aliff takut kereta Mama hilang lagi. Aliff tunggu betul-betul kali ini.

 Aliff ajak jalan-jalan. Dah sebulan tak dapat naik Kancil.
Yes! Alif nak beli sport rim yang merah tu.