**********************
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata
ada juga juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak
berhati perut. Hari2 makan telur aku, macamana aku nak ada anak
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan,
hari2 manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAMA!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
****************
Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si Makcik mengikut pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.
"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
"Makcik, ini adalah lift"
*************************
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia
akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka.
Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus…. Mana abang kenal isteri dia?
****************
Disebuah kedai kain, seorang gadis cun tengah memilih kain. Disebelahnya terdapat seorang jurujual lelaki yang agak macho dan hensem. Setelah menemui kain yang sesuai, gadis tersebut bertanyakan harganya…
Gadis cun : "Bang, kain yang ni berapa ringgit semeter?
Jurujual lelaki : "Cik adik manis punya pasal, semeter abang minta sekali cium aja."
Gadis cun : "OK, saya setuju… so, bagi saya 20 meter"
Jurujual lelaki tersebut terus memotong kain yang diminta dengan hati yang amat gembira. Setelah selesai, jurujual tersebut menyerahkan kain kepada gadis cun dan menuntut bayarannya.
Gadis cun : "Nenek saya yang kat luar tu akan bayar…."
*****************
Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin. Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama.
Jururawat: Tahniah, anda mendapat anak kembar dua.
Suami 1 : Wow… Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.
Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.
Suami 2 : Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.
Ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.
Suami 3 : Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di Four Season Hotel kot….
Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.
Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini
merupakan yang terbaik di KL.
Suami 4 : Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?
Jururawat: Kenapa?
Suami 4 : Saya bekerja di Produksi 2020…..